Monday, January 26, 2009

Mampukah Bahasa Melayu menjadi Bahasa perantaraan dalam pengajian sains dan teknologi?

Sebelum memulakan karangan ini, saya ingin mengkongsi satu cerita yang terkenal dalam bidang Fizik.

Pada permulaan abad dua puluh, Bahasa German merupakan bahasa yang paling terkenal dan canggih dalam bidang Fizik. Jadi, Albert Einstein punya Teori Relativity pun ditulis dalam bahasa German terdahulu sebelum diterjemahkan kepada Bahasa Inggeris.

Neils bohr pada ketika itu telah menulis suatu pengajian dalam bahasa Inggeris. namun , disebabkan bahasa utama ketika itu ialah bahasa German, Pengajian Neils tidak dipentingkan. Akan Tetapi, Albert Einstein ternampak kepentingan pengajian Neils, dia pun menterjemahkan esei-esei Neils secara diri-sendiri kepada bahasa German. Justeru, formula yang dibina oleh Neils Bohr diketahui Umum dan menjadi batu asas pelbagai pembaharuan teori-teori penting dalam bidang Fizik.


Yang pertama sekali, saya kena mengaku bahawa penggunaan Bahasa Melayu saya memang terhad disebabkan jarang menggunanya selepas peperiksaan IB ( Internation Baccalaureate). Namun begitu, hari ini saya cuba menulis dalam Bahasa Melayu untuk membangkitkan isu terhadap penggunaan Bahasa Inggeris dalam mengajar subjek sains dan matematik pada peringkat sekolah rendah.

Kita diberitahu bahawa mengajar subjek sains dan matematik dalam peringkat sekolah rendah mempunyai dua objektif, yakni membantu pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris , bahasa perantaraan bangsa , dan juga menyesuaikan pelajar-pelajar dalam suasana pembelajaran sains dan matematik dengan bahasa Inggeris.

Namun , Tema yang dibincangkan pada hari ini ialah, Kenapa kita tidak berusaha memperluaskan ilmu-ilmu yang tertulis dalam bahasa Melayu, memperbanyakkan penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang akademik sehingga mempertingkatkan daya saingan Bahasa Melayu berbanding dengan Bahasa Lain?

Penggunaan Bahasa Melayu dalam pembelajaran dan pengajian bidang sains dan teknologi mempunyai sekurang-kurangnya dua manfaat. Yang pertama, pengaji-pengaji yang mahir dalam bahasa ibunda boleh mencurahkan lebih banyak tenaga dan masa dalam pengajian berbanding dengan membazirkan masa mempelajar dan menterjemahkan bahasa Inggeris.
Yang ketua, bagi mereka yang kurang berupaya, kurang sumber pembelajaran bahasa Inggeris, penggunaan Bahasa Melayu memansuhkan halangan mereka mempelatjari ilmu-ilmu sains dan teknologi.

Namun begitu, penggunaan bahasa Melayu dalam bidang akademik di Malaysia menghadapi masalah daripada kekurangan esei-esei yang bermutu, pengajian yang berkualiti dan hasil-hasil pengajian yang kurang diketahui oleh bidang antarabangsa. Phenomena ini mungkin boleh dikaitkan dengan kekurangan pementingan pada bidang penterjemahan, terutama terjemahan dalam bidang-bidang akademik.

Penterjemahan ini tidak dirujukan kepada penterjemahan kata-kata nama khas sahaja. Penterjemahan ini merujuk kepada esei-esei yang bermutu, berpanjang lebah dan berjuta-juta yang dihasilkan oleh pengaji-pengaji barat. Disebaliknya, penterjemahan pengajian yang ditulis dalam bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris juga kurang memuaskan. Hal ini boleh dikesan melalui fakta bahawa kekurangan hasil pengajian profesor-profesor Malaysia yang dipapar dalam magazine sains antarabangsa yang terkemuka.

Justeru, jika pegawai-pegawai jabatan pepelajaran kita mempunyai masa mencurahkan bakti dalam kemajuan pembelajaran dan pengajian bidang sains dan teknologi kita. Kenapa kita tidak boleh memimpikan bahawa pada suatu hari nanti, apabila Murid-murid Amerika Di Washington menanya guru mereka kenapa mereka harus mempelajari Bahasa Melayu yang begitu susah digunakan, jawapan guru mereka ialah...." wahai anak-anakku, pembelajaran ilmu yang paling tercanggih dalam bahasa yang asal, baru mempunyai daya persaingannya. "

Marilah kita berusaha merealisasikan Visi ini.

1 comment:

Paul Cook said...

The graphics cards were overclocked to 2,550MHz and cooled at -42C using a generous amount of LN2. Remember that the Nvidia Ampere consumer graphics series graphics cards only support SLI configurations with the RTX 3090 versions (so far). Unfortunately, no images of the hardware from the OC and testing session are available.


assassins creed odyssey crack
hitfilm pro crack
magix acid pro crack
tenorshare ultdata crack
anytrans crack

mediamonkey crack
red giant universe crack
goldwave crack
ableton live crack
coreldraw graphics suite crack